BATAS-BATAS PERGAULAN DAN ADAB-ADAB PERGAULAN




SUBJEK : Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam
SESI :  Jun 2019
KURSUS :  Kejuruteraan Mekanikal
NAMA PENSYARAH :  Puan Wan Ruswani Binti Wan Abdullah
NAMA AHLI KUMPULAN :  - Aina Hazwany Binti Mohd Fadzly        02DKM17F1142
                                     -  Nurul Sufhia Binti Jamarus                02DKM17F1058                                                                                                   -  Nurul Fatin Nabila Binti Roslan          02DKM17F1001         
                                     -  Noor Arryan Iqmal Bin Bakari             02DKM17F1130                                              



TAJUK : Batas-batas dan adab-adab dalam pergaulan.





KANDUNGAN

1. PENGHARGAAN
2. PENGENALAN
3. ISI
       - Peringkat dalam pergaulan
       - Batas dan adab pergaulan dalam islam
       - Adab-adab dan batas pergaulan
       - Kesan buruk akibat pergaulan bebas
       - Cara mengatasi masalah pergaulan
3. KESIMPULAN
4. LAMPIRAN
5. SUMBER RUJUKAN



PENGHARGAAN

Assalamualaikum...
Pertama sekali kami ingin mengucapkan ribuan kesyukuran kepada Allah SWT kerana memberikan kesihatan yang baik dan memberi peluang kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah kami Puan Wan Ruswani Binti Wan Abdullah kerana telah memberi tunjuk ajar, memberi panduan dan pendedahan kepada kami bagi menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Tanpa nasihat daripada beliau, kami pasti tidak dapat menyempurnakan tugasan ini mengikut keperluan dan tempoh masa yang ditetapkan. Di sini beliau telah memberi banyak penerangan untuk memastikan agar kami dapat meyiapkan tugasan ini.Seterusnya tidak lupa juga kepada ahli kumpulan kami dimana telah bertungkus lumus dalam menyiapkan tugasan ini dengan penuh tanggungjawab dan berdedikasi. Kerjasama daripada semua ahli kumpulan adalah dihargai. Ini adalah hasil kerja kami berkumpulan, jadi kami berharap agar sekiranya terdapat kesalahan harap dimaafkan, kami telah melakukan yang terbaik untuk menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali kami sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Wan Ruswani Binti Wan Abdullah dimana semangatnya di dalam memberi pengajaran kepada kami.





PENGENALAN

Seperti yang kita sedia maklum, pada hari ini sudah hilangnya adab pergaulan di antara lelaki dan juga perempuan ajnabi. Pergaulan  atau ikhtilat (bahasa Arab) dalam Islam membawa maksud pergaulan atau percampuran antara lelaki dan wanita ajnabi di satu tempat yakni berlaku interaksi dalam bentuk perbuatan di antara seseorang dengan lain. Iaitu ia hanya berlaku di antara tiga orang atau lebih. Ini berbeza dengan khalwat yang terdiri daripada dua orang sahaja. Oleh itu, Islam menetapkan peraturan antara sesama manusia dari antara lelaki dengan perempuan.




PERINGKAT DALAM PERGAULAN MENURUT ISLAM

1.Peringkat berkenalan (taaruf)
Untuk membantu kita untuk saling kenal-mengenali. Melalui cara ini, kita dapat mengetahui sifat, bangsa, agama, kegemaran dan kedudukan yang ada pada seseorang.

2.Peringkat memahami (tafahum)
Dapat memahami sifat, latar belakang akhlak seseorang. Dengan ini mudahlah kita untuk menentukan orang yang akan menjadi teman kita. Jika kita bergaul dengan orang-orang yang baik akhlaknya, maka kita akan mendapat tempias kebaikan mereka. Dan begitu jugalah sebaliknya.

3.Peringkat tolong-menolong (taawun)
Dengan tolong-menolong sesama manusia, kita dapat mengeratkan hubungan sesama manusia. Namun, setiap tindakan yang dilakukan mestilah bertepatan yang telah diteteapkan oleh Allah SWT.  



BATAS DAN ADAB PERGAULAN DALAM ISLAM

Aurat bagi lelaki dan wanita ialah perkara penting yang tidak boleh ditinggalkan apabila membincangkan adab dan batas pergajulan menurut Islam. Aurat daripada perkataan Bahasa Arab, iaitu ‘aurah’ yang bermaksud keaiban. Dari sudut fiqah, aurat merujuk bahagian tubuh yang wajib dilindungi daripada pandangan. Perintah Allah supaya menutup aurat terdapat dalam surah al-A’raf ayat ke-26 yang menjadi dalil wajib menutup aurat.

1- Aurat lelaki
Jumhur Fuqaha daripada al-Syafi’iyyah, al-Malikiyah dan al-Hanabilah berpendapat bahawa aurat lelaki adalah antara pusat hingga ke lutut. Namun demikian, lelaki adalah wajib menutup anggota yang terdekat dengan pusat dan lutut supaya “aurat” yang wajib itu dapat dijaga dengan sempurna.

2-  Aurat wanita
Ulama Muslimin berpendapat bahawa aurat bagi wanita ialah keseluruhan badan, selain muka dan kedua-dua tapak tangannya (Maudidi,1995)

3- Pakaian lelaki
Pakaian lelaki hendaklah longgar dan sehingga tidak menampakkan apa-apa yang hendak dilindungi. Selain itu, pakaian lelaki tidak boleh menyerupai pakaian wanita dan pakaian orang-orang kafir. Tujuan berpakaian bukanlah untuk tujuan kebanggaan mencari kemasyhuran, tetapi menurut syariat Islam.

4- Pakaian wanita
Pakaian wanita mestilah pakaian yang menutup semua anggota badan kecuali bahagian muka dan tapak tangan seperti yang dibenarkan dalam Islam. Pakaian wanita mestilah longgar supaya tidak menampakkan susuk tubuhnya. Pakaian wanita perlu tebal, tidak menampakkan warna kulit dan tidaklah bersifat menarik perhatian dan syahwat kaum lelaki. Pakaian wanita juga tidak boleh menyerupai pakaian lelaki dan tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir. Tujuan berpakaian adalah untuk menutup aurat seperti yang disyariatkan dalam Islam.




ADAB-ADAB DAN BATAS PERGAULAN

Adab dan batas pergaulan yang diperintahkan oleh Allah SWT bertujuan mengekang atau menghalang perbuatan seorang hamba-hambaNya dalam pergaulan (antara lelaki dengan wanita). Pada setiap masa dan keadaan, kita perlu memastikan adab dan pergaulan kita bertepatan dengan ajaran Islam tidak kira di mana-mana jua tempat seperti ketika berada di tempat kerja, di dalam kenderaan awam, ketika bersiar-siar, membeli-belah, menyertai program-program sosial dan sebagainya. Oleh yang demikian, Islam telah menggariskan beberapa adab dan batas pergaulan yang perlu dijaga oleh setiap umat-Nya. Beberapa adab yang perlu diikuti ketika bergaul adalah seperti yang berikut:

1- Memelihara pandangan dari kedua belah pihak 
Tidak boleh melihat aurat, tidak boleh memandang dengan syahwat, dan tidak memandang tanpa ada keperluan. Allah berfirman yang bermaksud: “ Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lekukan.” Katakanlah kepada wanita yang beriman , Hendaklah mereka manundukkan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” ( Surah al-Nur:30-31 )

2- Menutup aurat secara sempurna
Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya 

Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nuur : ayat 31).

3- Tidak berdua-duaan antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram
Nabi bersabda, “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah berkhalwat dengan seorang wanita (tanpa disertai mahramnya) karena sesungguhnya yang ketiganya adalah syaithan (HR. Ahmad).

4- Menjaga perkataan dan mengawal perbualan
“Hai para isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara hingga berkeinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya. Dan ucapkanlah perkataan yang ma’ruf.” (QS. 33: 31).

Berkaitan dengan suara perempuan Ibnu Katsir menyatakan, “Perempuan dilarang berbicara dengan laki-laki asing (non mahram) dengan ucapan lunak sebagaimana dia berbicara dengan suaminya.” (Tafsir Ibnu Katsir, jilid 3)

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan Yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. oleh itu janganlah kamu berkata-kata Dengan lembut manja (semasa bercakap Dengan lelaki asing) kerana Yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang Yang ada penyakit Dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah Dengan kata-kata Yang baik (sesuai dan sopan). (Al-Ahzaab : 32).

Melunakkan suara berbeda dengan merendahkan suara. Lunak diharamkan, manakala merendahkan suara adalah dituntut. Merendahkan suara bermakna kita berkata-kata dengan suara yang lembut, tidak keras, tidak meninggi diri, sopan dan sesuai didengar oleh orang lain. Ini amat bertepatan dan sesuai dengan nasihat Luqman AL-Hakim kepada anaknya yang berbunyi : “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai” (Surah Luqman : ayat 19).

Penggunaan perkataan yang baik ini perlu dipraktikkan sama ada melalui perbualan secara langsung tidak langsung , contohnya melalui SMS, Yahoo Messengger ataupun apa yang ditulis di dalam Facebook kerananya menggambarkan keperibadian penuturnya.


5- Mengawal perhiasan
“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah yang pertama dahulu; dan dirikanlah solat serta berilah zakat: dan taatlah kamu kepada Allah dan rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – wahai “ahl al-bait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya(dari segala perkara yang keji)” surah Al-ahzab 33,33

6- Menghindari tempat yang tidak baik
Menjauhi tempat-tempat yang haram adalah sebuah keharusan kerana ia mengandungi bahaya yang banyak  iaitu:

    1. Tempat yang boleh menimbulkan gejolak syahwat. Hal ini dapat mengakibatkan dua hal negatif:
      Kegoncangan dan kegelisahan jiwa
      Terjatuh kepada kemaksiatan
    2. Tempat yang boleh menimbulkan prasangka buruk orang lain
    3. Tempat yang boleh melemahkan iman dan mendorong kepada kemaksiatan



KESAN BURUK YANG TIMBUL DARIPADA PERGAULAN BEBAS

1.Merosakkan jiwa dan akhlak
   Jiwa yang rosak akan membentuk akhlak yang buruk.  Kelakuan buruk ketika bergaul akan menyebabkan hati menjadi hitam dengan dosa-dosa yang ditanggungnya akibat daripada perbuatan maksiat yang akan menyukarkan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Oleh itu, kita perlu bertaubat memohon keampunan-Nya, sentiasa mengingati Allah SWT serta melakukan perbuatan-perbuatan yang disukai-Nya.

2.Menyuburkan perzinaan
   Pergaulan bebas tanpa ikatan dan batasan akan menjadi puca kepada perbuatan zina dalam kalangan manusia. Oleh yang demikian, kita diperintahkan untuk menundukkan pandangan supaya nafsu serta keinginan dapat dikawal. Syaitan sentiasa berusaha agar manusia sentiasa membuat dosa dan maksiat. Oleh itu, kita perlu sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah SWT supaya dapat menghindar zina dan perbuatan maksiat yang lain.

3.Pembuangan bayi
    Remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum berkahwin. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama akan menjadi tidak berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempat- tempat seperti tandas awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya.


4.Membawa kepada kemurkaan Allah SWT   
    Sesiapa yang menjaga dan melaksanakan perintah Allah SWT termasuk dalam golongan hamba yang mulia di sisi-Nya. Orang-orang yang melanggar perintah dan larangan Allah SWT pula akan mendapat kemurkaan-Nya. Hidup mereka akan sentiasa berada dalam keresahan, tidak tenteram dan tidak lagi mendapat ketenangan jiwa akibat dosa-dosanya.

5.Merosakkan maruah diri, masyarakat dan negara
Setiap perbuatan yang bercanggah dengan hukum Allah SWT akan membawa keburukan. Kemungkaran yang dibuat akan merosakkan maruah diri seseorang. Tanpa maruah, seseorang itu tidak akan dihormati dan hilang harga dirinya. Masyarakat dan negara juga akan menerima kesan daripada pergaulan bebas ini.

6.Perceraian dan keruntuhan rumahtangga
Kebanyakan pemudi-pemuda yang berkahwin akibat daripada mengandung. Pembinaan rumahtangga adalah tidak stabil kerana mereka masih tidak matang lagi. Sekiranya sebelum proses perkahwinan pun sudah ada pelbagai halangan dan cabaran akibat pergaulan bebas, maka selepas berkahwin pun ia tidak akan kekal lama. Institusi keluarga akan mudah hancur, walaupun hanya disebabkan oleh perkara kecil. Ini dapat dilihat pada pertambahan kes perceraian yang berlaku di Malaysia.

7.Tersebarnya penyakit-penyakit yang  membawa maut
Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan bebas di antara lelaki dan wanita, tidak kiralah mental mahupun fizikal. Antara penyakit tersebut ialah AIDS. Penyakit ini boleh membawa maut dan ubatnya masih belum ditemui sehingga ke hari ini.


CARA MANGATASI MASALAH PERGAULAN

Memandangkan masalah ini semakin menular di kalangan remaja,langkah-langkah perlu diambil untuk menyelesaikan masalah ini.Langkah-langkah yang patut diambil adalah seperti berikut:

1.         Peranan ibu bapa
Ibu bapa harus mengambil berat tentang pergaulan anak-anak mereka. Rakan-rakan anak harus dikenali dengan lebih mendalam. Ibu bapa perlu mengawasi perilaku anak-anak. Peribahasa Melayu ada menyebut,” kalau tiada angin masakan pokok akan bergoyang”. Setiap perbuatan yang dilakukan oleh anak-anak pasti ada penyebabnya. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa mengikuti perkembangan diri anak-anak remaja mereka.

2.         Peranan pihak sekolah
Pencegahan pergaulan bebas harus dilakukan dengan memberikan pengetahuan seks melalui ceramah. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kini dalam peringkat akhir mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan pendidikan seksual di sekolah seluruh negara Pelaksanaan pendidikan itu perlu disegerakan supaya remaja dapat dibimbing secara terancang dan sempurna, seterusnya membantu mereka lebih memahami isu berkaitan seksualiti dan menjadi benteng kepada mereka dari terbabit dalam kegiatan tidak bermoral seperti pergaulan bebas



KESIMPULAN


Pergaulan mempunyai pengaruh yang besar dalam pembentukan kepribadian seorang individu. Pergaulan yang dilakukan itu akan mencerminkan kepribadiannya, baik pergaulan yang positif mahupun pergaulan yang negatif. Pergaulan yang positif itu dapat merupakan kerjasama antara individu atau kelompok guna melakukan hal – hal yang positif. Sedangkan pergaulan yang negatif itu lebih mengarah ke pergaulan bebas, hal itulah yang harus dihindari, terutama bagi remaja yang masih mencari jati dirinya.  Oleh itu, dalam bergaul, kita sebagai manusia perlu bersandarkan syariat Allah dan hadis Rasulullah.Bagi membendung gejala pergaulan bebas menyeluruh kepada semua pihak seperti individu itu sendiri, ibu bapa, masyarakat, dan juga negara. Setiap pihak perlu memainkan  peranan masing-masing supaya hal ini dapat dibanteras secara efisien.




Kepada orang tua harus mengawasi tingkah laku anaknya dan memperhatikan dengan siapa saja dia berteman dan jangan memberi kebebasan yang berlebihan seperti keluar malam. Semua juga kembali kepada diri kita masing-masing. semua sudah jelas mana yang benar dan mana yang tidak benar.   Peribahasa yang bersesuaian dengan tajuk ini " Mencegah itu lebih baik daripada merawat”. Setiap yang kita lakukan pasti ada risiko. Hindarilah pergaulan bebas agar masa depan kita lebih cerah.





LAMPIRAN




Cara berpakaian yang dituntut dalam Islam.





Firman Allah SWT (Surah Al-Nur: 30-31) supaya memelihara pandangan


Mempunyai sifat malu dan memelihara pandangan 


Menjaga jarak dalam pergaulan


Panduan dalam menjaga ikhtilat



SUMBER RUJUKAN


Buku Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam

Comments